Sunday 15 September 2013

Wanita Menopause Berbau Busuk?



Bau Badan yang tidak menyenangkan sering kali dikaitkan dengan menopause. Tidak seperti 'hot glashes' atau simptom-simptom menopause yang lain, bau badan yang agak hanyir/hangit atau busuk ini seringkali dijadikan bahan bualan & lawak tidak kiraah dikalangan lelaki atau wanita sendiri. 
Seriously women....there's nothing funny about a bad body odor! 
Dan dari manakah datangnya bau badan yang kurang menyenangkan itu? Mana lagi jika bukan datangnya dari ketiak atau arm pit. Yup...sudah lah wanita terpaksa melalui simptom-simptom menopause yang menyukarkan, sekarang ditambah lagi dengan bau badan!
Jadi, apa yang harus dilakukan oleh wanita-wanita yang mengalami menopause dalam menangani masalah bau badan mereka? Seringkali, bau badan dikaitkan dengan aktiviti berpeluh, tetapi harus diingatkan peluh sebenarnya tidak mendatangkan bau.  
Tetapi aktiviti berpeluh boleh meningkatkan kehadiran bakteria yang menyebabkan punca ketiak anda berbau. 
Bagi wanita yang menopause, kadar metabolik badan yang bekerja dengan lebih kuat daripada kadar normal (kerana perubahan dalam badan a.k.a hormon imbalance) menambahkan lagi kadar perpeluhan dan sekaligus menyebabkan mereka lebih mudah berpeluh dengan banyak. Ini sekaligus menarik bakteria untuk hadir di celah-celah kulit berlipat terutamanya di kawasan ketiak.    
Selain daripada itu, kadar metabolik yang tinggi ini yang menyebabkan sindrom perpeluhan yang berlebihan akan menyebabkan penghasilan bau busuk di kaki, tangan & mulut! Dan dengan kadar perpeluhan yang melampau seperti ini, tiada satu deodoran atau penyembur wangi pun yang dapat menyelamatkan anda! 
Adoihaiii....suatu ujian pula kan?   
Apakah antara penyebab kepada perpeluhan yang berlebihan ini? 
  • paras gula yang rendah dalam badan
  • bakteria parasit dalam badan
  • masalah metabolik badan
  • tekanan emosi
  • kencing manis
  • penyakit berkaitan hati (liver)


Jadi, apakah cara untuk mengurangkan masalah bau badan bagi wanita yang mengalami simptom menopause? 

Berikut ialah beberapa langkah yang boleh diambil: 

1. Mandi kerap setiap hari

Fokus kepada kawasan-kawasan lipatan kulit seperti di ketiak, leher & peha. Skrub dengan sabun, bilas dengan air bersih & keringkan dengan sempurna. 




2. Gunakan Sabun yang berfungsi untuk menghilangkan bau badan!

Ya...untuk badan yang berbau, sabun biasa yang wangi tidak cukup untuk membantu menghilangkan bau badan anda. Gunakan sabun -sabun yang disarankan untuk tujuan menghilangkan bau badan itu sendiri.

Sabun Marine essence adalah contoh sabun yang terbaik. 


3. Pemilihan pakaian & jenis fabrik  
Pastikan anda tidak memakai pakaian yang ketat. Lebih ketat pakaian yang dipakai, lebih mudah & banyak badan akan mengeluarkan peluh kerana kulit badan anda tidak dapat 'bernafas' dengan secukupnya. 



Pemilihan fabrik pakaian juga sangat penting! Elakkan penggunaan fabrik sintetik! Kain kappas (cotton) atau polyester adalah pilihan yang lebih sesuai. 

4. Buat perubahan dari segi diet pemakanan
Sesetengah makanan mempengaruhi bau badan seseorang. Kurangkan pengambilan makanan berempah, bawang putih, kopi dan alkohol. Mengurangkan atau tidak mengambil makanan & minuman ini bukan sahaja memberi kebaikan dari sudut kesihatan, malahan pengambilannya hanya akan menjadikan bau badan wanita menopause bertambah busuk!



5. Mengambil makanan tambahan (supplements) 
Untuk mengurangkan bau busuk badan, wanita menopause dinasihatkan untuk menambah pengambilan makanan supplemen tambahan seperti magnesium, klorofil, Vitamin A, B dan Zinc. 



Walau apa-apa pun, wanita yang menghampiri atau sudah menopause dinasihatkan untuk tidak rasa stress kerana masalah bau badan mereka. Ini kerana dengan tekanan stress tersebut sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah mereka tetapi sebaliknya membuatkan mereka lebih cepat berpeluh dengan banyak & menarik lebih banyak bakteria menghampiri ketiak mereka! 

Saturday 14 September 2013

Petua Tradisional Untuk Hilangkan Bau Badan

Tahukah anda tuk nenek kita ada petua tersendiri untuk menghilangkan masalah bau badan? 

Berikut ialah antara petua menghilangkan bau badan yang boleh diamalkan: 

1. Menggunakan daun sirih
Daun sirih mempunyai elemen antiseptik yang boleh membantu untuk menghilangkan bau badan yang berpunca daripaa kuman atau bakteria. 



Caranya: Ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas air panas. Biarkan ia sejuk dengan sendiri dan minum air rendaman tersebut selepas ia sejuk. Cuba amalkan setiap hari sehingga bau badan hilang. Kalau tak lalu minum air rendaman tersebut, boleh cuba campurkan dengan sedikit gula ;)

2. Menggunakan timun



Caranya: Potong timun kepada hirisan kecil dan gunakan hirisan-hirisan tersebut ketika mandi. Gosokkan badan anda dengan nya dan bilas dengan air bersih. 

3. Minum air cengkih



Caranya: Rendam eberapa biji cengkih dalam air panas dan biarkan ia sejuk. Minum air rendaman tersebut setelah ia sejuk dan amalkan meminumnya sehingga bau badan hilang. 


Bagaimana? Ada berani untuk mencuba? Atau anda terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga untuk mencuba petua -petua tradisional ini? 

Jika anda sibuk tetapi dah tak tertahan dengan bau badan sendiri serta sindiran rakan sekeliling, gunakan lah Sabun Marine Essence yang mampu mengatasi masalah bau badan anda dengan segera! Sabun yang diperbuat daripada bahan alam semulajadi (natural soap) dan selamat dipakai untuk setiap peringkat umur.  

Penjimatan masa, tenaga & masalah bau badan anda pasti dapat diatasi. Dapatkan ia sekarang dengan hubungi kami di 013-3414376. 



Testimoni Sabun Marine Essence (a.k.a Sabun Ketiak)

Berikut ialah kompilasi testimoni Sabun Marine Essence yang telah membantu mereka menghilangkan bau badan, mengurangkan warna karat hitam di bahagian-bahagian badan mereka.


Testimoni 1


Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4





Friday 13 September 2013

Tips Bagaimana Suami Hendak Beritahu Isteri Tentang Bau Ketiak/Badan Isteri Hangit!

Yup...untuk seorang suami memberitahu isteri tentang perubahan bau badannya yang dulunya wangi tetapi kini bertukar menjadi 'hangit' atau 'masam' atau 'tengik' adalah merupakan satu cabaran besar untuk sang suami!

Silap cakap, boleh tergugat perasaan sensitif isteri & silap-silap boleh membawa kepada perang dunia ke-3 pulak!! hehe 

Jadi, bagaimanakan cara yang terbaik untuk si suami memberitahu si isteri dengan cara yang lembut dan baik tentang perubahan bau badannya? 

Berikut ialah tips-tips yag boleh di amalkan oleh para suami: 


Suami perlu berhati - hati dengan komen yang diberikan

Hanya suami sahaja yang memahami apa yg dialami oleh isteri anda. Cuba 'hint' secara halus & berhati-hati seperti membelikan Sabun Marine Essence untuk dipakai bersama atau membelikan 'perfume' kegemarannya. Isteri anda pasti gembira & mengambil langkah positif dengan teguran anda! :D 


Pilih masa menegur yang sesuai

Hanya suami yang tahu masa yang sesuai untuk menegur isterinya. Sekiranya isteri anda boleh menerima teguran secara 'direct' (tetapi perlu dilakukan dgn lembut), duduk dengannya dan berbincang dengan baik. 

Jangan bincangkan isu ini dihadapan orang lain (jangan sesekali didepan anak-anak atau ibu-bapa) atau semasa 'mood' isteri kurang baik...Itu 'carik penyakit' namanya :P

Berterus Terang

Berterus terang adalah lebih baik daripada berkias-kias bahasa terutamanya apabila isteri tidak memahami kiasan anda! Berterus terang lah secara lembut dan berhemah dengan memberikan sokongan anda untuk sama-sama menangani masalah isteri. 

Your support and understanding to your wife's problem meant a lot to her!

Jangan salahkan isteri, tetapi salahkan 'PERUBAHAN'

It´s important to understand why her body odor has changedAdalah sangat penting bagi suami untuk memastikan bahawa isteri yang disayangi tidak menyalahkan diri terutamanya apabila hormon merupakan faktor yang menyebabkan perubahan bau badan dan ke'karat'an/ke'hitam'an warna badannya (disebabkan faktor umur, proses mengandung atau menopause).

Pastikan yang isteri menerima perubahan ini dengan redha dan beliau tidak bersendirian dalam mencari solusi permasalahan ini..anda ada bersamanya untuk menyokong dan membantu nya.  

Beritahu isteri yang kasih sayang anda tdak berubah walaupun BAU BADANNYA BERUBAH!

Haaaaa...ini sangatlah penting wahai para suami!

Sebelum berdiskusi mengenai masalah yg sensitif ini, adalah penting untuk anda memastikan yg isteri anda tahu bahawa kasih sayang anda kepadanya tidak pernah berubah dan tujuan anda membincangkan masalah ini ialah kerana anda sayang kepadanya dan mahu menyelesaikan masalah Isteri kesayangan anda bersama-sama! 

=======================================================================
Nak tahu apa cara yang lebih baik lagi? 

Belikan isteri kesayangan anda Sabun Marine Essence!!

Yes...bukan sahaja isteri anda boleh memakainya, anda & keluarga juga boleh menggunakannya! Bukan kah dengan cara ini anda telah 'kill 2 birds with one stone'? Masalah bau badan hangit isteri anda selesai, anda rasa gembira & anda sekeluarga berbau wangi! Bagus kan? :) 

Hubungi kami di 013-3414376 untuk mendapatkan sabun ketiak dengan segera! 

Lagi lambat anda bertindak, lagi cepatlah selera anda terhadap isteri kesayangan akan mati! Bertindak sekarang! 

Cara Guna Sabun Ketiak



Ada yang bertanya dengan saya.." kak...cantik & wanginya sabun ni...camne nak guna?"

Alahai sayang-sayang ku...dah namanya pun sabun mandi...kita sental jek la sabun tu masa mandi..betul tak? heheheh ;)

Sebenarnya tiada satu cara yang spesifik pun untuk menggunakan sabun ini. Penggunaannya sangat mudah, semudah langkah 1,2 & 3 iaitu: 
1- Sental pada kulit badan terutamanya dikawasan yg berbau dan ber'karat' atau gelap
2- Bilas dengan air bersih
3- Lap badan dengan kering

Mudah kan? 

Anyway...disini saya sediakan 'guidelines' untuk cara penggunaan & penyimpanan sabun Marine essence dengan cara yang betul. 



Cara Guna

Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.

Cara Penyimpanan
Simpan di tempat dingin dan kering. Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan.

**Perhatian

Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air. Sekirannya ruam atau kegatalan berlaku, hentikan penggunaan. 

Tips Penjagaan Ketiak!




Lipatan kulit di bahagian ketiak memang kerap menimbulkan bau yang tidak menyenangkan (A.K.A 'HANYIR', 'TENGIK', 'MASAM')  terutamanya bagi mereka yang berbadan gempal. Ianya menyebabkan bakteria lebih mudah muncul dikawasan tersebut. 

Bagaimana untuk mengatasinya? Kebiasaanya kita akan menggunakan deodorant atau anti perspirant. Namun, tidak semua orang berjaya mengatasinya dengan penggunaan deodorant! Segelintir (malahan  dapat ramai) yang mengalami kegatalan atau iritasi kulit dimana bahagian ketiak mejadi gatal dan timbul bintik-bintik merah!

Salah satu daripada kesan penggunaan deodoran yang dipakai dalam jangkamasa yang panjang (tak perlu lama...adang-kadang hanya untuk beberapa bulan) ialah deodoran akan membuat kulit ketiak menjadi gelap kehitaman. 

Ini sudah pasti men'cacat'kan penampilan seorang wanita tidak kira samada mereka yang bertudung litup atau tidak sekaligus menjejaskan rasa rendah diri untuk berketrampilan cantik dan berjaya.   

Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga kebersihan ketiak agar ianya tidak berbau & bertukar menjadi warna hitam. 


TIPS 1: 
Bersihkan bulu pada ketiak (terpulang samada dengan bercukur atau memotong). 



Berhati-hati semasa membersihkan bulu ketiak agar kulit ketiak tidak terluka. Kulit ketiak yang terluka merupakan sasaran yang sangat mudah untuk bakteria bersarang dan inilah faktor utama yang menjadikan ketiak anda berbau!

TIPS 2:

Gosok ketiak sewaktu mandi dengan sabun yang mengandung scrub. Mandi secara teratur merupakan tindakan pencegahan pertama terhadap masalah kulit. Sabun menghilangkan kotoran & peluh dari permukaan kulit.

Pemilihan sabun yang memiliki PH yang seimbang adalah sangat penting untuk memastikan ianya  tidak mengubah pH kulit. 

TIPS 3:
Selepas pencucian, bilas dan keringkan dengan sempurna. 

Lakukan tips-tips diatas setiap kali anda mandi & anda akan melihat keberkesanannya dari segi bau & warna di ketiak anda! 

Tips penjagaan sabun untuk penggunaan lebih lama



Sabun seberat hampit 100 gram ini agak besar tetapi penggunaan yang kerap dengan pendedahan kepada lembapan udara & air semasa mandi boleh mengecutkan saiz nya dengan cepat.

Jadi, apakah cara-cara yang betul untuk menjaga sabun Marine Essence ini supaya anda boleh menggunakannya dengan kadar lebih lama & menjimatkan?
Tips 1: Potong sabun kepada 2 bahangian

Ya! Hanya gunakan separuh buku sahaja dahulu dan simpan separuh lagi didalam 'plastic wrap cling' ditempat yang kering (tidak lembap). 

Anda juga boleh kongsi kan separuh buku lagi dengan ahli keluarga yang lain untuk mereka nikmati keberkesanannya! 

Tips 2: Simpan sabun Marine Essence yang digunakan didalam bekas sabun. 

Jangan biarkan sabun yang telah digunakan terdedah kepada udara & air tanpa ditutup. Beli lah sebuah bekas sabun (murah je harganya) dan simpan sabun yang telah digunakan didalamnya.  
Amalkan tips-tips diatas & anda akan perhatikan bukan sahaja badan anda tidak lagi berbau, ketiak yang lebih cerah, bekas jeragat di badan & muka hilang tetapi juga sabun Marine Essence anda tidak habis dengan cepat! Bukan kah ini satu penjimatan yang berbaloi? :)