Friday 13 September 2013

Punca Ketiak Jadi Gelap & Berbau

Jika anda mempunyai bahagian bawah lengan A.K.A yang gelap, anda tidak berseorangan kerana ramai wanita mengalami situasi ini. Baik yang sudh berkahwin, single, kurus slim atau berbadan gempal...semua wanita tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah ini!  

Ramai menyangka DEODORAN adalah punca utama berlakunya masalah ini. Namun ada banyak lagi perkara yang menyumbang kepada permasalahan ini. Paling memalukan, masalah ini nampak ketara pada pemakai baju tanpa lengan. Bayangkan jika anda sendiri kurang merasa selesa berketiak hitam, apatah lagi mata yang melihatnya!

Punca-punca ketiak bewarna hitam: 

  • Deodoran –  Ia bukan merupakan punca utama ketiak menjadi gelap atau warna ketiak tidak sekata. Tetapi saki baki deodorant yang terlekat yang tidak dibersihkan dengan betul dikhuatiri akan 'menjemput' kehadiran bakteria yang menyebabkan bahagian tersebut bukan sahaja menjadi hitam tetapi juga berbau busuk! 



  • Hormon dan genetik – Salah satu punca mengapa bahagian ketiak berwarna gelap. Perlu diingat, ketiak adalah merupakan bahagian badan yang agak sensitif & adakalanya bertindak balas kepada bertindak dengan bahan kimia yang ada didalam deodorant.


  • Bercukur – Mencukur bulu ketiak juga perlu dilakukan dengan berhati-hati. Sekiranya terluka atau alat yang digunakan tidak dibersihkan dengan sempurna, bakteria akan mudah untuk hadir dan menyebabkan ketiak juga bertukar menjadi gelap serta berbau busuk.

  • Pakaian ketat & Jenis kain pakaian – Pakaian yang ketat di bahagian bawah lengan menyebabkan pergeseran antara ketiak dan baju. Ia juga mudah menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi gelap dan selalunya berlaku pada orang yang berbadan besar.





  • Pigmen kulit – struktur pigmen kulit dibahagian bawah lengan adalah berbeza dengan bahagian lain. Jadi ia boleh menjadi lebih gelap daripada permukaan kulit lain.


No comments:

Post a Comment