Sunday 15 September 2013

Wanita Menopause Berbau Busuk?



Bau Badan yang tidak menyenangkan sering kali dikaitkan dengan menopause. Tidak seperti 'hot glashes' atau simptom-simptom menopause yang lain, bau badan yang agak hanyir/hangit atau busuk ini seringkali dijadikan bahan bualan & lawak tidak kiraah dikalangan lelaki atau wanita sendiri. 
Seriously women....there's nothing funny about a bad body odor! 
Dan dari manakah datangnya bau badan yang kurang menyenangkan itu? Mana lagi jika bukan datangnya dari ketiak atau arm pit. Yup...sudah lah wanita terpaksa melalui simptom-simptom menopause yang menyukarkan, sekarang ditambah lagi dengan bau badan!
Jadi, apa yang harus dilakukan oleh wanita-wanita yang mengalami menopause dalam menangani masalah bau badan mereka? Seringkali, bau badan dikaitkan dengan aktiviti berpeluh, tetapi harus diingatkan peluh sebenarnya tidak mendatangkan bau.  
Tetapi aktiviti berpeluh boleh meningkatkan kehadiran bakteria yang menyebabkan punca ketiak anda berbau. 
Bagi wanita yang menopause, kadar metabolik badan yang bekerja dengan lebih kuat daripada kadar normal (kerana perubahan dalam badan a.k.a hormon imbalance) menambahkan lagi kadar perpeluhan dan sekaligus menyebabkan mereka lebih mudah berpeluh dengan banyak. Ini sekaligus menarik bakteria untuk hadir di celah-celah kulit berlipat terutamanya di kawasan ketiak.    
Selain daripada itu, kadar metabolik yang tinggi ini yang menyebabkan sindrom perpeluhan yang berlebihan akan menyebabkan penghasilan bau busuk di kaki, tangan & mulut! Dan dengan kadar perpeluhan yang melampau seperti ini, tiada satu deodoran atau penyembur wangi pun yang dapat menyelamatkan anda! 
Adoihaiii....suatu ujian pula kan?   
Apakah antara penyebab kepada perpeluhan yang berlebihan ini? 
  • paras gula yang rendah dalam badan
  • bakteria parasit dalam badan
  • masalah metabolik badan
  • tekanan emosi
  • kencing manis
  • penyakit berkaitan hati (liver)


Jadi, apakah cara untuk mengurangkan masalah bau badan bagi wanita yang mengalami simptom menopause? 

Berikut ialah beberapa langkah yang boleh diambil: 

1. Mandi kerap setiap hari

Fokus kepada kawasan-kawasan lipatan kulit seperti di ketiak, leher & peha. Skrub dengan sabun, bilas dengan air bersih & keringkan dengan sempurna. 




2. Gunakan Sabun yang berfungsi untuk menghilangkan bau badan!

Ya...untuk badan yang berbau, sabun biasa yang wangi tidak cukup untuk membantu menghilangkan bau badan anda. Gunakan sabun -sabun yang disarankan untuk tujuan menghilangkan bau badan itu sendiri.

Sabun Marine essence adalah contoh sabun yang terbaik. 


3. Pemilihan pakaian & jenis fabrik  
Pastikan anda tidak memakai pakaian yang ketat. Lebih ketat pakaian yang dipakai, lebih mudah & banyak badan akan mengeluarkan peluh kerana kulit badan anda tidak dapat 'bernafas' dengan secukupnya. 



Pemilihan fabrik pakaian juga sangat penting! Elakkan penggunaan fabrik sintetik! Kain kappas (cotton) atau polyester adalah pilihan yang lebih sesuai. 

4. Buat perubahan dari segi diet pemakanan
Sesetengah makanan mempengaruhi bau badan seseorang. Kurangkan pengambilan makanan berempah, bawang putih, kopi dan alkohol. Mengurangkan atau tidak mengambil makanan & minuman ini bukan sahaja memberi kebaikan dari sudut kesihatan, malahan pengambilannya hanya akan menjadikan bau badan wanita menopause bertambah busuk!



5. Mengambil makanan tambahan (supplements) 
Untuk mengurangkan bau busuk badan, wanita menopause dinasihatkan untuk menambah pengambilan makanan supplemen tambahan seperti magnesium, klorofil, Vitamin A, B dan Zinc. 



Walau apa-apa pun, wanita yang menghampiri atau sudah menopause dinasihatkan untuk tidak rasa stress kerana masalah bau badan mereka. Ini kerana dengan tekanan stress tersebut sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah mereka tetapi sebaliknya membuatkan mereka lebih cepat berpeluh dengan banyak & menarik lebih banyak bakteria menghampiri ketiak mereka! 

No comments:

Post a Comment