Friday 13 September 2013

Tips Penjagaan Ketiak!




Lipatan kulit di bahagian ketiak memang kerap menimbulkan bau yang tidak menyenangkan (A.K.A 'HANYIR', 'TENGIK', 'MASAM')  terutamanya bagi mereka yang berbadan gempal. Ianya menyebabkan bakteria lebih mudah muncul dikawasan tersebut. 

Bagaimana untuk mengatasinya? Kebiasaanya kita akan menggunakan deodorant atau anti perspirant. Namun, tidak semua orang berjaya mengatasinya dengan penggunaan deodorant! Segelintir (malahan  dapat ramai) yang mengalami kegatalan atau iritasi kulit dimana bahagian ketiak mejadi gatal dan timbul bintik-bintik merah!

Salah satu daripada kesan penggunaan deodoran yang dipakai dalam jangkamasa yang panjang (tak perlu lama...adang-kadang hanya untuk beberapa bulan) ialah deodoran akan membuat kulit ketiak menjadi gelap kehitaman. 

Ini sudah pasti men'cacat'kan penampilan seorang wanita tidak kira samada mereka yang bertudung litup atau tidak sekaligus menjejaskan rasa rendah diri untuk berketrampilan cantik dan berjaya.   

Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga kebersihan ketiak agar ianya tidak berbau & bertukar menjadi warna hitam. 


TIPS 1: 
Bersihkan bulu pada ketiak (terpulang samada dengan bercukur atau memotong). 



Berhati-hati semasa membersihkan bulu ketiak agar kulit ketiak tidak terluka. Kulit ketiak yang terluka merupakan sasaran yang sangat mudah untuk bakteria bersarang dan inilah faktor utama yang menjadikan ketiak anda berbau!

TIPS 2:

Gosok ketiak sewaktu mandi dengan sabun yang mengandung scrub. Mandi secara teratur merupakan tindakan pencegahan pertama terhadap masalah kulit. Sabun menghilangkan kotoran & peluh dari permukaan kulit.

Pemilihan sabun yang memiliki PH yang seimbang adalah sangat penting untuk memastikan ianya  tidak mengubah pH kulit. 

TIPS 3:
Selepas pencucian, bilas dan keringkan dengan sempurna. 

Lakukan tips-tips diatas setiap kali anda mandi & anda akan melihat keberkesanannya dari segi bau & warna di ketiak anda! 

No comments:

Post a Comment