Friday 13 September 2013

Punca Bau Badan!




Tidak kiralah lelaki atau wanita, penyebab kepada masalah bau badan tetap sama..iaitu P.E.L.U.H!

Peluh adalah antara penyebab utama kepada masalah badan berbau. 

Terdapat dua kelenjar peluh didalam kita iaitu kelenjar ekrin & kelenjar apokrin. 

Kelenjar Ekrin ialah kelenjar yang bertindak mengeluarkan sisa metabolisme tubuh dan turut berguna untuk mengawal suhu badan.


Oleh kerana peluh dari kelenjar apokrin mengandungi banyak lemak dan protein, ia menimbulkan bau yang tidak enak dibau apabila diuraikan oleh bakteria. Bau inilah menyebabkan ramai yang lari apabila berdekatan dengan si pemilik bau badan!


Apakah Faktor yang menyumbang kepada masalah bau badan? 

1. Pemilihan makanan: Ada jenis makanan yang boleh menyebabkan badan berbau contohnya bawang putih, bawang Bombay, terlalu banyak makanan berempah dan juga merokok.


2. Faktor kebersihan diri: Pertama ialah dengan menggunakan deodoran dan anti perspiran. Deodoran yang mengandungi bahan antiseptik dapat menghalang bakteria manakala anti perspiran pula mengandungi bahan yang dapat mengurangkan pengeluaran peluh.



Dengan teknologi responsif kepada badan, deodoran itu dapat menghalang bau badan dalam jangka waktu yang panjang di samping memastikan bawah lengan (ketiak) sentiasa kering dan terlindung daripada bau.

Bagaimanapun tidak semua kulit manusia sesuai dengan penggunaan deodoran. Sebahagian daripada kita, ketiaknya agak sensitif dengan reaksi bahan kimia didalam deodoran itu sendiri. 



Berpeluh adalah suatu proses fizikal di mana badan mengeluarkan haba berlebihan dan mengatur suhu badan selain mengawal keseimbangan cecair dan elektrolit badan.

Bau badan semasa berpeluh hanya timbul apabila peluh tidak disejat dan bakteria serta kulat pada kulit menyebabkan pemecahan asid- asid lemak dan protein di dalam peluh, seterusnya menyebabkan bau badan. 

Beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah bau badan adalah seperti: 

  • Menjaga kebersihan diri
  • Minum air dengan secukupnya supaya toksin dapat dikeluarkan dari badan
  • Mandi menggunakan sabun antibakteria dua kali sehari
  • Memakai pakaian dalam dan stoking buatan kapas
  • Memakai pakaian yang longgar serta kasut yang bersih dan kering
  • Mencukur bulu di ketiak dan kemaluan
  • Memakai deodoran dan produk nyahbau
  • Mengelakkan makanan berempah, kopi, alkohol, merokok 
  • Kurangkan stres.


Jika langkah-langkah yang tersebut telah diambil tetapi tidak menampakkan kesan, rawatan menggunakan suntikan atau pembedahan melibatkan saraf boleh dipertimbangkan.


Kelenjar apokrin pula terletak di daerah ketiak, payu dara, daerah anus dan alat sulit. Ia berfungsi aktif setelah remaja dan peluh yang dihasilkan dipengaruhi oleh rangsangan emosi.



Jadi, faktor kebersihan diri  iaitu mandi dan bersabun tiga kali sehari sahaja tidak cukup buat badan yang memang mengeluarkan bau semula jadi. Cegahlah gangguan diri terhadap orang lain dengan cara memakai deodoran dan anti-perspiran.



Bagi yang berkulit sensitif, mungkin boleh mencuba tawas atau batu mineral. Dengan cara ini, bukan sahaja si pemilik bau badan selesa, tetapi orang di sekelilingnya juga turut berasa nyaman. Tidak kiralah sama ada sewaktu bekerja atau bermain, bersesak di stesen LRT, bersenam di gim atau sekadar bersantai di rumah. 

Bau badan boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti: 

  • Keturunan/genetic
  • Diet yang mengandungi kari, bawang putih dan rempah-ratus
  • Merokok atau mengambil alkohol
  • Penyakit hormon melibatkan kelenjar tiroid
  • Penyakit kulit
  • Penyakit Parkinson 
  • Pemakaian pakaian yang tidak dicuci sempurna.

No comments:

Post a Comment