Sunday 15 September 2013

Wanita Menopause Berbau Busuk?



Bau Badan yang tidak menyenangkan sering kali dikaitkan dengan menopause. Tidak seperti 'hot glashes' atau simptom-simptom menopause yang lain, bau badan yang agak hanyir/hangit atau busuk ini seringkali dijadikan bahan bualan & lawak tidak kiraah dikalangan lelaki atau wanita sendiri. 
Seriously women....there's nothing funny about a bad body odor! 
Dan dari manakah datangnya bau badan yang kurang menyenangkan itu? Mana lagi jika bukan datangnya dari ketiak atau arm pit. Yup...sudah lah wanita terpaksa melalui simptom-simptom menopause yang menyukarkan, sekarang ditambah lagi dengan bau badan!
Jadi, apa yang harus dilakukan oleh wanita-wanita yang mengalami menopause dalam menangani masalah bau badan mereka? Seringkali, bau badan dikaitkan dengan aktiviti berpeluh, tetapi harus diingatkan peluh sebenarnya tidak mendatangkan bau.  
Tetapi aktiviti berpeluh boleh meningkatkan kehadiran bakteria yang menyebabkan punca ketiak anda berbau. 
Bagi wanita yang menopause, kadar metabolik badan yang bekerja dengan lebih kuat daripada kadar normal (kerana perubahan dalam badan a.k.a hormon imbalance) menambahkan lagi kadar perpeluhan dan sekaligus menyebabkan mereka lebih mudah berpeluh dengan banyak. Ini sekaligus menarik bakteria untuk hadir di celah-celah kulit berlipat terutamanya di kawasan ketiak.    
Selain daripada itu, kadar metabolik yang tinggi ini yang menyebabkan sindrom perpeluhan yang berlebihan akan menyebabkan penghasilan bau busuk di kaki, tangan & mulut! Dan dengan kadar perpeluhan yang melampau seperti ini, tiada satu deodoran atau penyembur wangi pun yang dapat menyelamatkan anda! 
Adoihaiii....suatu ujian pula kan?   
Apakah antara penyebab kepada perpeluhan yang berlebihan ini? 
  • paras gula yang rendah dalam badan
  • bakteria parasit dalam badan
  • masalah metabolik badan
  • tekanan emosi
  • kencing manis
  • penyakit berkaitan hati (liver)


Jadi, apakah cara untuk mengurangkan masalah bau badan bagi wanita yang mengalami simptom menopause? 

Berikut ialah beberapa langkah yang boleh diambil: 

1. Mandi kerap setiap hari

Fokus kepada kawasan-kawasan lipatan kulit seperti di ketiak, leher & peha. Skrub dengan sabun, bilas dengan air bersih & keringkan dengan sempurna. 




2. Gunakan Sabun yang berfungsi untuk menghilangkan bau badan!

Ya...untuk badan yang berbau, sabun biasa yang wangi tidak cukup untuk membantu menghilangkan bau badan anda. Gunakan sabun -sabun yang disarankan untuk tujuan menghilangkan bau badan itu sendiri.

Sabun Marine essence adalah contoh sabun yang terbaik. 


3. Pemilihan pakaian & jenis fabrik  
Pastikan anda tidak memakai pakaian yang ketat. Lebih ketat pakaian yang dipakai, lebih mudah & banyak badan akan mengeluarkan peluh kerana kulit badan anda tidak dapat 'bernafas' dengan secukupnya. 



Pemilihan fabrik pakaian juga sangat penting! Elakkan penggunaan fabrik sintetik! Kain kappas (cotton) atau polyester adalah pilihan yang lebih sesuai. 

4. Buat perubahan dari segi diet pemakanan
Sesetengah makanan mempengaruhi bau badan seseorang. Kurangkan pengambilan makanan berempah, bawang putih, kopi dan alkohol. Mengurangkan atau tidak mengambil makanan & minuman ini bukan sahaja memberi kebaikan dari sudut kesihatan, malahan pengambilannya hanya akan menjadikan bau badan wanita menopause bertambah busuk!



5. Mengambil makanan tambahan (supplements) 
Untuk mengurangkan bau busuk badan, wanita menopause dinasihatkan untuk menambah pengambilan makanan supplemen tambahan seperti magnesium, klorofil, Vitamin A, B dan Zinc. 



Walau apa-apa pun, wanita yang menghampiri atau sudah menopause dinasihatkan untuk tidak rasa stress kerana masalah bau badan mereka. Ini kerana dengan tekanan stress tersebut sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah mereka tetapi sebaliknya membuatkan mereka lebih cepat berpeluh dengan banyak & menarik lebih banyak bakteria menghampiri ketiak mereka! 

Saturday 14 September 2013

Petua Tradisional Untuk Hilangkan Bau Badan

Tahukah anda tuk nenek kita ada petua tersendiri untuk menghilangkan masalah bau badan? 

Berikut ialah antara petua menghilangkan bau badan yang boleh diamalkan: 

1. Menggunakan daun sirih
Daun sirih mempunyai elemen antiseptik yang boleh membantu untuk menghilangkan bau badan yang berpunca daripaa kuman atau bakteria. 



Caranya: Ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas air panas. Biarkan ia sejuk dengan sendiri dan minum air rendaman tersebut selepas ia sejuk. Cuba amalkan setiap hari sehingga bau badan hilang. Kalau tak lalu minum air rendaman tersebut, boleh cuba campurkan dengan sedikit gula ;)

2. Menggunakan timun



Caranya: Potong timun kepada hirisan kecil dan gunakan hirisan-hirisan tersebut ketika mandi. Gosokkan badan anda dengan nya dan bilas dengan air bersih. 

3. Minum air cengkih



Caranya: Rendam eberapa biji cengkih dalam air panas dan biarkan ia sejuk. Minum air rendaman tersebut setelah ia sejuk dan amalkan meminumnya sehingga bau badan hilang. 


Bagaimana? Ada berani untuk mencuba? Atau anda terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga untuk mencuba petua -petua tradisional ini? 

Jika anda sibuk tetapi dah tak tertahan dengan bau badan sendiri serta sindiran rakan sekeliling, gunakan lah Sabun Marine Essence yang mampu mengatasi masalah bau badan anda dengan segera! Sabun yang diperbuat daripada bahan alam semulajadi (natural soap) dan selamat dipakai untuk setiap peringkat umur.  

Penjimatan masa, tenaga & masalah bau badan anda pasti dapat diatasi. Dapatkan ia sekarang dengan hubungi kami di 013-3414376. 



Testimoni Sabun Marine Essence (a.k.a Sabun Ketiak)

Berikut ialah kompilasi testimoni Sabun Marine Essence yang telah membantu mereka menghilangkan bau badan, mengurangkan warna karat hitam di bahagian-bahagian badan mereka.


Testimoni 1


Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4





Friday 13 September 2013

Tips Bagaimana Suami Hendak Beritahu Isteri Tentang Bau Ketiak/Badan Isteri Hangit!

Yup...untuk seorang suami memberitahu isteri tentang perubahan bau badannya yang dulunya wangi tetapi kini bertukar menjadi 'hangit' atau 'masam' atau 'tengik' adalah merupakan satu cabaran besar untuk sang suami!

Silap cakap, boleh tergugat perasaan sensitif isteri & silap-silap boleh membawa kepada perang dunia ke-3 pulak!! hehe 

Jadi, bagaimanakan cara yang terbaik untuk si suami memberitahu si isteri dengan cara yang lembut dan baik tentang perubahan bau badannya? 

Berikut ialah tips-tips yag boleh di amalkan oleh para suami: 


Suami perlu berhati - hati dengan komen yang diberikan

Hanya suami sahaja yang memahami apa yg dialami oleh isteri anda. Cuba 'hint' secara halus & berhati-hati seperti membelikan Sabun Marine Essence untuk dipakai bersama atau membelikan 'perfume' kegemarannya. Isteri anda pasti gembira & mengambil langkah positif dengan teguran anda! :D 


Pilih masa menegur yang sesuai

Hanya suami yang tahu masa yang sesuai untuk menegur isterinya. Sekiranya isteri anda boleh menerima teguran secara 'direct' (tetapi perlu dilakukan dgn lembut), duduk dengannya dan berbincang dengan baik. 

Jangan bincangkan isu ini dihadapan orang lain (jangan sesekali didepan anak-anak atau ibu-bapa) atau semasa 'mood' isteri kurang baik...Itu 'carik penyakit' namanya :P

Berterus Terang

Berterus terang adalah lebih baik daripada berkias-kias bahasa terutamanya apabila isteri tidak memahami kiasan anda! Berterus terang lah secara lembut dan berhemah dengan memberikan sokongan anda untuk sama-sama menangani masalah isteri. 

Your support and understanding to your wife's problem meant a lot to her!

Jangan salahkan isteri, tetapi salahkan 'PERUBAHAN'

It´s important to understand why her body odor has changedAdalah sangat penting bagi suami untuk memastikan bahawa isteri yang disayangi tidak menyalahkan diri terutamanya apabila hormon merupakan faktor yang menyebabkan perubahan bau badan dan ke'karat'an/ke'hitam'an warna badannya (disebabkan faktor umur, proses mengandung atau menopause).

Pastikan yang isteri menerima perubahan ini dengan redha dan beliau tidak bersendirian dalam mencari solusi permasalahan ini..anda ada bersamanya untuk menyokong dan membantu nya.  

Beritahu isteri yang kasih sayang anda tdak berubah walaupun BAU BADANNYA BERUBAH!

Haaaaa...ini sangatlah penting wahai para suami!

Sebelum berdiskusi mengenai masalah yg sensitif ini, adalah penting untuk anda memastikan yg isteri anda tahu bahawa kasih sayang anda kepadanya tidak pernah berubah dan tujuan anda membincangkan masalah ini ialah kerana anda sayang kepadanya dan mahu menyelesaikan masalah Isteri kesayangan anda bersama-sama! 

=======================================================================
Nak tahu apa cara yang lebih baik lagi? 

Belikan isteri kesayangan anda Sabun Marine Essence!!

Yes...bukan sahaja isteri anda boleh memakainya, anda & keluarga juga boleh menggunakannya! Bukan kah dengan cara ini anda telah 'kill 2 birds with one stone'? Masalah bau badan hangit isteri anda selesai, anda rasa gembira & anda sekeluarga berbau wangi! Bagus kan? :) 

Hubungi kami di 013-3414376 untuk mendapatkan sabun ketiak dengan segera! 

Lagi lambat anda bertindak, lagi cepatlah selera anda terhadap isteri kesayangan akan mati! Bertindak sekarang! 

Cara Guna Sabun Ketiak



Ada yang bertanya dengan saya.." kak...cantik & wanginya sabun ni...camne nak guna?"

Alahai sayang-sayang ku...dah namanya pun sabun mandi...kita sental jek la sabun tu masa mandi..betul tak? heheheh ;)

Sebenarnya tiada satu cara yang spesifik pun untuk menggunakan sabun ini. Penggunaannya sangat mudah, semudah langkah 1,2 & 3 iaitu: 
1- Sental pada kulit badan terutamanya dikawasan yg berbau dan ber'karat' atau gelap
2- Bilas dengan air bersih
3- Lap badan dengan kering

Mudah kan? 

Anyway...disini saya sediakan 'guidelines' untuk cara penggunaan & penyimpanan sabun Marine essence dengan cara yang betul. 



Cara Guna

Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.

Cara Penyimpanan
Simpan di tempat dingin dan kering. Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan.

**Perhatian

Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air. Sekirannya ruam atau kegatalan berlaku, hentikan penggunaan. 

Tips Penjagaan Ketiak!




Lipatan kulit di bahagian ketiak memang kerap menimbulkan bau yang tidak menyenangkan (A.K.A 'HANYIR', 'TENGIK', 'MASAM')  terutamanya bagi mereka yang berbadan gempal. Ianya menyebabkan bakteria lebih mudah muncul dikawasan tersebut. 

Bagaimana untuk mengatasinya? Kebiasaanya kita akan menggunakan deodorant atau anti perspirant. Namun, tidak semua orang berjaya mengatasinya dengan penggunaan deodorant! Segelintir (malahan  dapat ramai) yang mengalami kegatalan atau iritasi kulit dimana bahagian ketiak mejadi gatal dan timbul bintik-bintik merah!

Salah satu daripada kesan penggunaan deodoran yang dipakai dalam jangkamasa yang panjang (tak perlu lama...adang-kadang hanya untuk beberapa bulan) ialah deodoran akan membuat kulit ketiak menjadi gelap kehitaman. 

Ini sudah pasti men'cacat'kan penampilan seorang wanita tidak kira samada mereka yang bertudung litup atau tidak sekaligus menjejaskan rasa rendah diri untuk berketrampilan cantik dan berjaya.   

Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga kebersihan ketiak agar ianya tidak berbau & bertukar menjadi warna hitam. 


TIPS 1: 
Bersihkan bulu pada ketiak (terpulang samada dengan bercukur atau memotong). 



Berhati-hati semasa membersihkan bulu ketiak agar kulit ketiak tidak terluka. Kulit ketiak yang terluka merupakan sasaran yang sangat mudah untuk bakteria bersarang dan inilah faktor utama yang menjadikan ketiak anda berbau!

TIPS 2:

Gosok ketiak sewaktu mandi dengan sabun yang mengandung scrub. Mandi secara teratur merupakan tindakan pencegahan pertama terhadap masalah kulit. Sabun menghilangkan kotoran & peluh dari permukaan kulit.

Pemilihan sabun yang memiliki PH yang seimbang adalah sangat penting untuk memastikan ianya  tidak mengubah pH kulit. 

TIPS 3:
Selepas pencucian, bilas dan keringkan dengan sempurna. 

Lakukan tips-tips diatas setiap kali anda mandi & anda akan melihat keberkesanannya dari segi bau & warna di ketiak anda! 

Tips penjagaan sabun untuk penggunaan lebih lama



Sabun seberat hampit 100 gram ini agak besar tetapi penggunaan yang kerap dengan pendedahan kepada lembapan udara & air semasa mandi boleh mengecutkan saiz nya dengan cepat.

Jadi, apakah cara-cara yang betul untuk menjaga sabun Marine Essence ini supaya anda boleh menggunakannya dengan kadar lebih lama & menjimatkan?
Tips 1: Potong sabun kepada 2 bahangian

Ya! Hanya gunakan separuh buku sahaja dahulu dan simpan separuh lagi didalam 'plastic wrap cling' ditempat yang kering (tidak lembap). 

Anda juga boleh kongsi kan separuh buku lagi dengan ahli keluarga yang lain untuk mereka nikmati keberkesanannya! 

Tips 2: Simpan sabun Marine Essence yang digunakan didalam bekas sabun. 

Jangan biarkan sabun yang telah digunakan terdedah kepada udara & air tanpa ditutup. Beli lah sebuah bekas sabun (murah je harganya) dan simpan sabun yang telah digunakan didalamnya.  
Amalkan tips-tips diatas & anda akan perhatikan bukan sahaja badan anda tidak lagi berbau, ketiak yang lebih cerah, bekas jeragat di badan & muka hilang tetapi juga sabun Marine Essence anda tidak habis dengan cepat! Bukan kah ini satu penjimatan yang berbaloi? :)

Ramuan Sabun Ketiak Marine Essence

SABUN CERAH KETIAK?? 

YES. Sabun Marine Essence ini juga popular dikenali sebagai sabun cerah ketiak sebab kemujarabannya mencerahkan kulit di bahagian pelipat-pelipat dan celah-celah badan kita selain mengurangkan bau HANGIT badan! Biasanya, bahagian-bahagian celah pelipat tu kurang di beri perhatian kan? Tuh yang akhirnya akan bertukar menjadi gelap dan berkarat! Huh?? Berkarat...iyalah....kala dah berwarna hitam, kelabu-kelabu git..tak warna karat namanya? ;). 

So kalau rajin amalkan sabun marine essence ini setiap hari, InsyaAllah memang akan nampak kesan secara mendadak..Saya sendiri telah mencubanya & ianya sangat mujarab!!

Cuba anda check betul-betul bahagian di bawah ketiak, celah peha dan tempat-tempat yang berselindung pada badan anda? Mesti ada bahagian-bahagian badan yang telah berubah warna menjadi gelap kan? 

Kenapa eh? 

Kadang-kadang faktor hormon boleh menyebabkan kulit bahagian-bahagian tu gelap juga. 

Paling ketara bila seorang perempuan mengandung!  Tau bahagian mana yang jadi lebih gelap semasa pregnant? Haaaaa.....

1. Leher
2. Perut
3. Ketiak....ketiak....dan ketiak!



Huhuhu....kesian ibu-ibu mengandung kan? Ya...saya juga pernah melaluinya. Warna kehitaman di tempat-tempat tersebut lebih ketara di akhir-akhir bulan kehamilan & jadi lebih teruk sejurus selepas bersalin. Kenapa ya? Again....sebab faktor hormon :(

Stress wooo nak hilangkan warna hitam tu...stress makcik! Rasa tak berkeyakinan langsung apatah lagi untuk tampil menarik dihadapan suami. Nak jadikan cerita, saya terdengar mengenai sabun MARINE ESSENCE atau SABUN KETIAK ni dan Alhamdulillah....warna-warna hitam di tempat-tempat tersebut is now a history....Best..best..best!

Sabun ini juga selamat digunakan oleh perempuan mengandung dan yang baru bersalin tanpa memberi apa-apa efek kepada bayi...

Jom kita lihat apakah ramuan dalam sabun ajaib ini yang telah membantu ramai orang menyelesaikan masalah bau & ke'karatan' warna badan mereka!



7 ramuan dalam sabun ketiak Marine Essence


Jadi apa yg ditunggu lagi...dapatkan sabun ini sekarang dan sental ke'karatan' warna badan anda!

Punca Ketiak Jadi Gelap & Berbau

Jika anda mempunyai bahagian bawah lengan A.K.A yang gelap, anda tidak berseorangan kerana ramai wanita mengalami situasi ini. Baik yang sudh berkahwin, single, kurus slim atau berbadan gempal...semua wanita tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah ini!  

Ramai menyangka DEODORAN adalah punca utama berlakunya masalah ini. Namun ada banyak lagi perkara yang menyumbang kepada permasalahan ini. Paling memalukan, masalah ini nampak ketara pada pemakai baju tanpa lengan. Bayangkan jika anda sendiri kurang merasa selesa berketiak hitam, apatah lagi mata yang melihatnya!

Punca-punca ketiak bewarna hitam: 

  • Deodoran –  Ia bukan merupakan punca utama ketiak menjadi gelap atau warna ketiak tidak sekata. Tetapi saki baki deodorant yang terlekat yang tidak dibersihkan dengan betul dikhuatiri akan 'menjemput' kehadiran bakteria yang menyebabkan bahagian tersebut bukan sahaja menjadi hitam tetapi juga berbau busuk! 



  • Hormon dan genetik – Salah satu punca mengapa bahagian ketiak berwarna gelap. Perlu diingat, ketiak adalah merupakan bahagian badan yang agak sensitif & adakalanya bertindak balas kepada bertindak dengan bahan kimia yang ada didalam deodorant.


  • Bercukur – Mencukur bulu ketiak juga perlu dilakukan dengan berhati-hati. Sekiranya terluka atau alat yang digunakan tidak dibersihkan dengan sempurna, bakteria akan mudah untuk hadir dan menyebabkan ketiak juga bertukar menjadi gelap serta berbau busuk.

  • Pakaian ketat & Jenis kain pakaian – Pakaian yang ketat di bahagian bawah lengan menyebabkan pergeseran antara ketiak dan baju. Ia juga mudah menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi gelap dan selalunya berlaku pada orang yang berbadan besar.





  • Pigmen kulit – struktur pigmen kulit dibahagian bawah lengan adalah berbeza dengan bahagian lain. Jadi ia boleh menjadi lebih gelap daripada permukaan kulit lain.


Punca Bau Badan!




Tidak kiralah lelaki atau wanita, penyebab kepada masalah bau badan tetap sama..iaitu P.E.L.U.H!

Peluh adalah antara penyebab utama kepada masalah badan berbau. 

Terdapat dua kelenjar peluh didalam kita iaitu kelenjar ekrin & kelenjar apokrin. 

Kelenjar Ekrin ialah kelenjar yang bertindak mengeluarkan sisa metabolisme tubuh dan turut berguna untuk mengawal suhu badan.


Oleh kerana peluh dari kelenjar apokrin mengandungi banyak lemak dan protein, ia menimbulkan bau yang tidak enak dibau apabila diuraikan oleh bakteria. Bau inilah menyebabkan ramai yang lari apabila berdekatan dengan si pemilik bau badan!


Apakah Faktor yang menyumbang kepada masalah bau badan? 

1. Pemilihan makanan: Ada jenis makanan yang boleh menyebabkan badan berbau contohnya bawang putih, bawang Bombay, terlalu banyak makanan berempah dan juga merokok.


2. Faktor kebersihan diri: Pertama ialah dengan menggunakan deodoran dan anti perspiran. Deodoran yang mengandungi bahan antiseptik dapat menghalang bakteria manakala anti perspiran pula mengandungi bahan yang dapat mengurangkan pengeluaran peluh.



Dengan teknologi responsif kepada badan, deodoran itu dapat menghalang bau badan dalam jangka waktu yang panjang di samping memastikan bawah lengan (ketiak) sentiasa kering dan terlindung daripada bau.

Bagaimanapun tidak semua kulit manusia sesuai dengan penggunaan deodoran. Sebahagian daripada kita, ketiaknya agak sensitif dengan reaksi bahan kimia didalam deodoran itu sendiri. 



Berpeluh adalah suatu proses fizikal di mana badan mengeluarkan haba berlebihan dan mengatur suhu badan selain mengawal keseimbangan cecair dan elektrolit badan.

Bau badan semasa berpeluh hanya timbul apabila peluh tidak disejat dan bakteria serta kulat pada kulit menyebabkan pemecahan asid- asid lemak dan protein di dalam peluh, seterusnya menyebabkan bau badan. 

Beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah bau badan adalah seperti: 

  • Menjaga kebersihan diri
  • Minum air dengan secukupnya supaya toksin dapat dikeluarkan dari badan
  • Mandi menggunakan sabun antibakteria dua kali sehari
  • Memakai pakaian dalam dan stoking buatan kapas
  • Memakai pakaian yang longgar serta kasut yang bersih dan kering
  • Mencukur bulu di ketiak dan kemaluan
  • Memakai deodoran dan produk nyahbau
  • Mengelakkan makanan berempah, kopi, alkohol, merokok 
  • Kurangkan stres.


Jika langkah-langkah yang tersebut telah diambil tetapi tidak menampakkan kesan, rawatan menggunakan suntikan atau pembedahan melibatkan saraf boleh dipertimbangkan.


Kelenjar apokrin pula terletak di daerah ketiak, payu dara, daerah anus dan alat sulit. Ia berfungsi aktif setelah remaja dan peluh yang dihasilkan dipengaruhi oleh rangsangan emosi.



Jadi, faktor kebersihan diri  iaitu mandi dan bersabun tiga kali sehari sahaja tidak cukup buat badan yang memang mengeluarkan bau semula jadi. Cegahlah gangguan diri terhadap orang lain dengan cara memakai deodoran dan anti-perspiran.



Bagi yang berkulit sensitif, mungkin boleh mencuba tawas atau batu mineral. Dengan cara ini, bukan sahaja si pemilik bau badan selesa, tetapi orang di sekelilingnya juga turut berasa nyaman. Tidak kiralah sama ada sewaktu bekerja atau bermain, bersesak di stesen LRT, bersenam di gim atau sekadar bersantai di rumah. 

Bau badan boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti: 

  • Keturunan/genetic
  • Diet yang mengandungi kari, bawang putih dan rempah-ratus
  • Merokok atau mengambil alkohol
  • Penyakit hormon melibatkan kelenjar tiroid
  • Penyakit kulit
  • Penyakit Parkinson 
  • Pemakaian pakaian yang tidak dicuci sempurna.

Pengenalan: Apa itu Sabun Marine Essence?



Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

MARINE ESSENCE BEAUTY BAR atau lebih popular dengan nama SABUN KETIAK bakal membantu anda untuk mengatasi masalah-masalah berikut: 
- Ketiak, tengkuk/leher, siku atau buku lali yang gelap atau hitam
- Celah peha hitam / berkerak
- Kesan parut jerawat
- Bintik hitam
- Kulit gatal
- Kulit mengelupas
- Kulit kering

- Kurangkan kesan radang eczema
- Kurangkan pigmentasi pada kulit muka dan badan
- Membantu kurangkan masalah jerawat belakang badan
- Melembutkan kulit
- Sabun yang beraura - rasa fresh and energetic setiap kali lepas mandi dengan sabun ini kerana aromanya yang sungguh wangi.
Tengkuk Gelap/Hitam

Bekas jerawat pada badan


Kesan pelipat kulit @stretch mark 


Sabun Marine Essence Beauty Bar sangat bagus untuk membantu masalah wanita mahupun lelaki especially bakal-bakal pengantin yang ingin kan kesempurnaan kulit sebelum menjejakkan kaki ke pelamin. 


Ia juga bagus untuk membantu ibu-ibu yang baru lepas bersalin untuk hilangkan kesan hitam pelipat kulit (stretch mark) perut semasa hamil.